Jangan ambil ringan keselamatan anak di luar rumah, ini tip jamin nyawa anak dari terancam

Dari Penulis

Malang tidak berbau, itulah perumpamaan lama yang kekal relevan hingga ke hari ini. Kadang-kadang apabila terlalu berhati-hati di luar kuasa kita sebagai manusia, musibah datang menimpa.

Ada kalanya musibah yang datang meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan dan hingga boleh meragut nyawa seseorang. Sebagai ibu bapa membesarkan anak-anak sedari bayi hingga berusia lapan ke sembilan tahun, pasti sepanjang tempoh itu pelbagai lebam dan luka tercatat dalam perkembangan anak-anak.

Adalah penting untuk ibu bapa menitikberatkan hal keselamatan dalam memastikan nyawa si anak tidak terancam dan melayang. Berikut adalah tip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam usaha menjamin keselamatan anak-anak terutama di kawasan padang permainan.

Panduan Berbasikal Dengan Selamat

  • Pakai Topi Keledar Basikal

Penggunaan topi keledar boleh melindungi diri daripada kecederaan kepala sebanyak 85 peratus dan kecederaan otak sebanyak 88 peratus berbanding dengan mereka yang tidak memakai topi keledar.

Topi keledar basikal mestilah padan dan selesa serta diikat dengan betul di bawah dagu. Topi keledar juga perlu berwarna terang dengan penggunaan pelekat-pelekat pemantul cahaya.

  • Guna Basikal Yang Sesuai

Kaki mestilah boleh menjejak bumi apabila duduk di atas basikal dengan kedua-dua tangan memegang ‘handle’. Pastikan brek tangan berfungsi dengan baik dan boleh digunakan untuk menghentikan basikal.

  • Patuhi Peraturan Jalan Raya

Peraturan jalan raya mesti dipatuhi demi keselamatan dan kesejahteraan. Peraturan yang mesti dipatuhi adalah seperti :

  • Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya mengikut arus kenderaan.
  • Patuhi lampu isyarat dan tanda-tanda jalan.
  • Di persimpangan ‘T’, berhentilah di tepi jalan, bukan di tengah jalan.
  • Sebelum membelok ke kanan, lihat ke belakang untuk memastikan tiada kenderaan.
  • Apabila menunggang basikal beramai-ramai, pastikan menunggang secara berbaris (di belakang satu sama lain)
  • Jangan membawa pembonceng

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This