MAYAT seorang gelandangan ditemui mati lemas di dalam longkang dekat Jalan Sultanah, Batu Pahat, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 5 petang.
Beliau berkata, mayat tersebut telah dikeluarkan oleh pihak polis dengan bantuan bomba dan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat.
“Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah dijumpai.
“Mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang binaan batu konkrit di tempat kejadian dan lemas akibat pengaliran air,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, berdasarkan maklumat orang awam, mangsa merupakan gelandangan yang sering dilihat di kawasan tersebut.
Ismail berkata, polis kini mengenalpasti identiti mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

