Gempa bumi lemah Ranau: Gegaran dirasai, tiada insiden tidak diingini

Dari Penulis

GEGARAN kecil akibat gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter di sini dirasai orang ramai di kawasan itu, namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan daripada orang awam akibat gempa bumi itu.

“Selepas berlakunya gegaran berkenaan kami telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bangunan di sekitar Ranau, semua dalam keadaan baik.

“Orang ramai dinasihatkan bertenang dan laporkan kepada pihak bomba jika berlaku sebarang insiden kecemasan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Baca juga: Rakyat Sabah perlu terus kekalkan perpaduan, jaga keharmonian – Hajiji

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 7.13 pagi tadi dan pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

Rozita Jamrin, 29, seorang guru berkata, beliau bersama suami serta empat anaknya sedang bercuti di Bundu Tuhan di sini, dan mereka merasai gegeran itu ketika sedang bersiap untuk keluar dari inap desanya.

“Ingatkan anak-anak saya yang bergurau sesama mereka goyangkan perabot tetapi gempa bumi rupanya, terus kami sekeluarga keluar cepat dari bilik inap desa itu. Tidak lama kemudian staf inap desa maklumkan ada gempa bumi kecil sahaja dan keadaan selamat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This