“Penting untuk menjaga & menghormati privasi daripada berkata perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif” – Irma Hasmie

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin kemelut rumah tangganya dengan suami Redza Syah Azmeer.

Irma berkata, apa yang berlaku antara dia dan suami terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum. Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Irma, dia memohon orang ramai untuk saling mendoakan dan percaya setiap yang berlaku adalah susunan daripada-Nya.

“Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir.

“Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita,” katanya.

Terdahulu nama Irma menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram miliknya yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga.

Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.

Dalam masa sama, tinjauan Harian Metro mendapati pelakon dan pengacara berusia 41 tahun sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Harian Metro


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This