Irma Hasmie, Redza sudah sah bercerai sejak enam bulan lalu – Rakan baik dedahkan bagi elak fitnah

Dari Penulis

ENGGAN lebih banyak lagi spekulasi timbul, rakan baik kepada Irma Hasmie iaitu Reen Emran mengesahkan pelakon itu sah bercerai dengan bekas suami, Redza Syah Azmeer sejak enam bulan lalu.

Ujar Reen, dia tampil membuat pendedahan itu setelah mendapat keizinan daripada Irma demi menghentikan fitnah yang timbul.

“Assalamualaikum… untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas.

“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis Reen di Instagram Story.

Pada masa sama, Reen turut berkongsi keadaan Irma,41, dan dua orang anaknya berada dalam keadaan baik.

Malah,  dia turut memaklumkan Irma bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi

“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

“Insya-Allah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. 

Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua,” kongsinya lagi.

Redza berkongsi foto pernikahannya dengan isteri baharu di Instagram

Pada 28 April lalu, Redza memuat naik foto-foto pernikahannya bersama wanita dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Majlis tersebut berlangsung pada 20 April berdasarkan kad jemputan yang tersebar di media sosial.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan Redza dikatakan sedang retak menanti belah.

Lebih menguatkan spekulasi apabila mereka juga sudah tidak lagi berkongsi gambar bersama sejak Ogos 2023.

Menerusi temu bual bersama media sebelum ini, Irma terus mengunci mulut tentang status perkahwinannya.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This