Polis siasat video tular kes buli sekolah menengah di Ranau

Dari Penulis

POLIS menyiasat satu video yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian buli melibatkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah menengah di Ranau.

Video penuh kejadian klik link di bawah ⬇️

https://t.me/infoutusantv/415

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada 3.26 petang semalam dan siasatan sedang dijalankan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video itu dan digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengaibkan mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Belanjawan 2024: KBS mohon pelepasan cukai yuran latihan sukan

Simiun berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 5 minit 34 saat itu menunjukkan beberapa pelajar dibuli sekumpulan pelajar lain sehingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial antaranya Facebook yang mengundang kemarahan netizen.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This