Visi Islam dalam pendidikan anak-anak, wajib pilih pasangan terbaik untuk bakal anak

Dari Penulis

Islam mempunyai visinya sendiri terhadap pendidikan anak-anak. Visi itu melangkaui kehidupan di dunia yang terhad tempohnya. Ianya berpaksikan matlamat kehidupan yang bersifat infiniti tempohnya iaitu kehidupan akhirat. Dalam banyak ayat al-Quran, Allah membandingkan nilai kehidupan dunia dan akhirat. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:

“Dan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.” (Al-Alaa: 17)

Alangkah ruginya orang yang bila diberikan sesuatu antara yang mahal dan yang murah, dia memilih yang murah, antara yang baik dan yang buruk, dia memilih yang buruk, antara yang berkualiti dan tidak, dia memilih yang tidak berkualiti, antara yang kekal dan yang sementara, dia memilih yang sementara.

Kalau Nabi menyebut nilai masa dunia berbanding akhirat ialah satu hari akhirat sama dengan 1,000 tahun dunia, dapatkah kita bayangkan berapa lama kita hidup di dunia jika dinisbahkan masa akhirat itu? Kalau umur kita 60 tahun, sebenarnya kita cuma hidup sekitar 1.5 jam. Itulah perbandingan masa kehidupan kita di dunia ini. Berapa lama pula kehidupan akhirat? Infiniti.

Sebab itu dalam visi pendidikan ini Allah menyebut : “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.” (At-Tahrim:6)

Matlamat pendidikan anak-anak bukan setakat mencapai kejayaan dunia. Dengan bahasa mudah bukan setakat mendapatkan segulung ijazah atau PhD yang memungkinkan anak-anak mendapatkan pekerjaan yang baik dengan gaji lumayan.

Perkataan bukan setakat bermakna bukan kita tinggalkan terus, tidak. Tetapi ia bermakna bukan matlamat utama. Tidak dinafikan anak-anak yang berjaya dalam kerjaya dan seterusnya membalas jasa kedua-dua ibu dan ayahnya adalah sebahagian dari kebahagiaan. Sebab itu dalam ayat yang lepas, Allah menyebut secara berangkai perhiasan dunia itu ialah harta benda dan anak-anak.

Matlamat pendidikan Islam pergi lebih jauh ke alam selepas dunia iaitu akhirat. Adanya kehidupan akhirat yang cuma ada dua tempat iaitu syurga atau neraka merupakan perkara yang wajib diimani. Kehidupan di syurga yang penuh kebahagiaan dan kenikmatan adalah infiniti, kekal selamalamanya. Kehidupan di neraka yang penuh kesengsaraan dan kesakitan adalah infiniti, kekal selama-lamanya. Manusia disuruh jaga diri sendiri serta ahli keluarga termasuk anak-anak dan isteri dari kesengsaraan dan kesakitan azab neraka.

Mendidik anak-anak menggunakan modul Islam adalah satu-satunya metode pendidikan bagi mencapai visi pendidikan sebenar iaitu menjauhkan diri dan tanggungan dari azab neraka. Inilah tanggungjawab setiap ibu dan ayah sama ada kita kaya atau miskin, sama ada kita ber kerjaya atau tidak dan sama ada kita suka atau tidak. Ini sahajalah jaminan dari Allah yang dapat membahagiakan kita dan anak-anak dalam kehidupan yang hakiki.

TANGGUNGJAWAB PRAKELAHIRAN

Sebagaimana Islam melihat visi Pendidikan anak-anak melewati batas kehidupan dunia, maka begitulah Islam menggariskan tanggungjawab pendidikan tidak bermula dari kelahiran seseorang bayi, tetapi bermula dari prakelahirannya.

Sabda Rasulullah:

“Pilihlah tempat untuk nutfah (air mani) kamu, kerana pembuluh darah itu merupakan sinar pancaran.” (Riwayat Ibnu Majah dan Dailami)

Hadis ini membawa analogi mudah, seorang petani yang berpengetahuan akan memilih tanah yang baik, subur dan sesuai untuk sebarang tanaman yang hendak di tanamnya. Dia sedar sekira nya benih bermutu yang digunakannya ditanam di tanah yang tidak sesuai, maka ia tidak akan mendatangkan hasil yang baik.

Kerja membajak, menyiram, meracun dan sebagainya akan sia-sia. Segala penat lelahnya dan modal yang dikeluarkan tidak berbaloi. Begitulah Islam meletakkan kepentingan memilih calon ibu dan bapa yang sesuai kepada anak-anak yang bakal dilahirkan.

Usaha memilih calon isteri bukan semata-mata berlandaskan nikmat seks, tetapi dia adalah calon ibu kepada anak-anak yang akan mendatangkan nikmat beranak-pinak yang membahagiakan. Dapat lah difahami bahawa sekiranya dipilih berasaskan wajah yang cantik, kulit yang mulus dan badan yang menggiurkan semata-mata, maka ia adalah aset untuk kenikmatan seks semata-mata dan tidak lebih dari itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This