SPRM siasat Jasmine Loo berkaitan rasuah, pengubahan wang haram

Dari Penulis

BEKAS peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah serta aktiviti pengubahan wang haram, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM telah mengambil keterangan Loo, yang kini dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak Isnin lepas (4 Sept) bagi siasatan kes berkenaan.

“Dia (Loo) dalam siasatan kami (SPRM), kami siasat beliau berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan hari ini.

 Pada Isnin lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lukisan pelukis terkenal Pablo Picasso, jam tangan mewah serta kondominium mewah di London, Amerika Syarikat dan Switzerland, adalah antara aset yang dirampas daripada Loo.

Menurut Ayob Khan, aset dengan jumlah keseluruhan RM93.2 juta itu dipercayai diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Baca juga: 1MDB: Polis rampas aset bernilai RM93.2 juta milik Jasmine Loo termasuk 2 lukisan Pablo Picasso

Polis juga telah merampas pelbagai barangan bernilai RM625,500 dari sebuah kondominium di Bukit Damansara yang dijadikan lokasi menyimpan aset yang diperoleh hasil penyelewengan dana 1MDB oleh Loo.

Loo ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 7 Julai lepas dan beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama membantu siasatan polis dalam kes berkaitan 1MDB, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azam berkata SPRM dan PDRM akan terus berusaha mendapatkan aset-aset daripada 1MDB sebaik dikenal pasti. 

“Setakat ini, itu adalah penemuan polis dan SPRM mengenai wang dan aset yang diterimanya (Loo). Polis dan SPRM sedang berusaha untuk mendapatkan semua aset dan wang itu,” katanya.

Ditanya adakah usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semakin hampir selepas pihak berkuasa menahan Loo, Azam berkata: “Saya tidak pasti tetapi jika anda tanya pandangan saya…belum lagi.”

Mengenai siasatan terhadap pegawai PDRM yang disyaki merasuah ahli patologi dalam urusan ujian saringan air kencing di Johor, Azam berkata siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM.

“Sekarang apa dilakukan IO ialah teliti setiap kenyataan daripada mereka yang ditahan, kita nak tengok apa kaitan dengan pihak memberi,” katanya. 

Pada 30 Ogos lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan SPRM di Muar, Johor berhubung kes berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan TARC tidak benar

DAKWAAN kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC disifatkan tidak benar. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan...

More Articles Like This