1MDB: Polis rampas aset bernilai RM93.2 juta milik Jasmine Loo termasuk 2 lukisan Pablo Picasso

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS merampas dan menyita sebahagian aset berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah kira-kira RM93.2 juta, susulan siasatan terhadap bekas peguam firma pelaburan itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rampasan aset-aset yang didaftarkan atas nama Jasmine Loo itu adalah hasil pendedahan wanita terbabit ketika memberi keterangan kepada Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Aset-aset yang dirampas berkenaan adalah termasuk hartanah, akaun bank, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta iaitu nilai semasa pembelian dibuat pada 2013.

“Kesemua aset itu turut membabitkan pembelian hartanah mewah di New York, London dan Singapura dan pelaburan di Amerika Syarikat yang kesemuanya didaftar atas nama Jasmine.

“Selain kediaman mewah ini, terdapat juga sembilan lukisan mewah termasuk dua daripadanya lukisan Pablo Picasso,” katanya pada satu sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja untuk menyita dan membuat rampasan terhadap aset-aset yang berada di luar negara itu sedang dijalankan bagi mengembalikannya kepada kerajaan.

Menurutnya lagi, wanita terbabit yang juga penasihat undang-undang 1MDB menerima bayaran bulanan berjumlah RM40,000 sejak Mei 2011.

Sebelum ini media melaporkan Jasmine ditahan polis selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama peguamnya pada 7 Julai lalu.

Jasmine disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This