Kita semua tahu merokok itu berbahaya tetapi untuk wanita ia memberi risiko kepada kesihatan disebabkan perbezaan gaya hidup dan fisiologikal yang meletakkan wanita di dalam tempat yang lebih berbahaya.
Bahaya merokok sudah diketahui. Ia bukan sahaja menyebabkan pelbagai jenis kanser tetapi juga menambahkan risiko penyakit pernafasan dan penyakit jantung seperti serangan jantung.
Terdapat khabar angin yang model Marlboro yang menggambarkan kepada dunia bahawa merokok boleh tahan lasak dan gaya hidup maskulin meninggal disebabkan kanser paru-paru.
Tetapi idea yang menyatakan seorang koboi mati disebabkan oleh kanser berkaitan merokok pula dianggap sebuah mitos dan seperti adalah orang biasa yang menderita akibat merokok seperti bapa, ibu, lelaki dan wanita.
Di Amerika Syarikat, 140,000 wanita meninggal setiap tahun berpunca daripada merokok. Di Semenanjung Malaysia, kanser paru-paru adalah kanser paling biasa di kalangan lelaki dan di tangga kelapan di kalangan wanita.
Wanita yang merokok berisiko lebih besar berbanding lelaki disebabkan oleh keunikan biological dan peningkatan fisiologikal.
Kadar tertinggi wanita merokok adalah di peringkat pertengahan hingga ke pertengahan empat puluh tahun. Amat menakutkan kebanyakan perokok baru hari ini adalah golongan remaja. Di Amerika Syarikat, hampir 1.5 juta remaja perempuan adalah perokok.
Wanita dan remaja perempuan yang merokok meningkatkan risiko menghidap kanser paru-paru, mulut, kerongkong, buah pinggang, pancreas dan pundi serta penyakit penafasan seperti emphysema. Tetapi terdapat juga risiko kesihatan lain terhadap wanita disebabkan oleh perbezaan gaya hidup dan fisiologikal yang meletakkan wanita berada di tahap yang lebih berbahaya.
RISIKO WANITA MEROKOK
● Kecacatan Pada Bayi Belum Lahir
Merokok adalah perkara paling buruk bagi seorang wanita apabila wanita tersebut mengandung. Bahan toksik kimia di dalam rokok boleh melalui saluran darah ke janin dan menyebabkan kerosakan serius pada bayi dan juga ibu.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan kelahiran pramatang, kekurangan berat badan bayi, pramatang membrane pecah, placenta previa (dimana plasenta tumbuh di dalam dasar uterus dan menutup semua atau bahagian servik), keguguran malah kematian bayi dalam tempoh pertama 28 hari.
Tambahan pula, anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu merokok lebih menderita dan terdedah kepada penyakit seperti selesema, earaches dan masalah pernafasan.
● Penyebab Kemandulan
Seorang wanita yang merokok nyata sekali kurang subur kerana mereka hanya mempunyai 72% kesuburan berbanding wanita yang tidak merokok dan mungkin memerlukan lebih daripada setahun untuk mengandung.
Mengapa perokok wanita mempunyai masalah untuk mempunyai anak? Kajian menunjukkan merokok akan menyebabkan pengurangan pengovulan yang mana ovari kurang mengeluarkan telur. Merokok juga mengurangkan pensenyawaan antara sperma dan telur serta penampalan zigot pada dinding uterus.
Bahan kimia di dalam tembakau dipercayai boleh mengubah komposisi cecair servik yang menjadikan ia toksik untuk sperma dan menurunkan kemungkinan pensenyawaan.
Jika anda merancang untuk mempunyai anak jauhkan diri dari rokok sekarang.

