Vol II : Risiko wanita yang merokok, gangguan hormon dan masalah menopaus

Dari Penulis

Masalah Menopaus Pramatang Dan Haid

Perokok wanita sering mengadu masalah haid seperti pendarahan tidak normal, amenorea (ketiadaan haid) lelehan tidak normal dan jangkitan faraj.

Wanita merokok juga mengalami putus haid dua hingga 3 tahun lebih awal daripada biasa. Mereka juga lebih berisiko untuk mengalami gejala seper tivasomotor yang lebih teruk seperti panas, kerengsaan, peluh malam, kekeringan kulit dan penuaan lebih awal dan berkedut.

Menopaus pramatang meningkatkan risiko kerapuhan tulang, serangan jantung dan strok pada usia awal. Merokok dipercayai akan menyebabkan ketidaknormalan haid dan menopaus awal kerana bahan kimia di dalam rokok memberi kesan toksik kepada ovari.

Risiko Osteoporosis (Kerapuhan Tulang)

Wanita Asia mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi di mana keadaan tulang menjadi rapuh dan mudah retak. Jika anda merokok sekotak sehari, anda meningkatkan risiko yang mana ada kehilangan 5% hingga 10% kepadatan tulang berbanding wanita yang tidak merokok apabila mencapai menopaus.

Tiga perkara penting dalam perubahan gaya hidup yang melindungi wanita daripada osteoporosis ialah pengambilan harian kalsium (terutama ketika usia muda) bersenam dan tidak merokok.

Risiko Penyakit Jantung

Di AS dianggarkan kira-kira 34,000 wanita mati setiap tahun kerana penyakit jantung isikemia berkaitan dengan merokok. Didapati risiko penyakit jantung meningkat pada wanita selepas menopaus tetapi bagi wanita muda yang merokok arteri mereka tersumbat.

Hubungan Kanser Pangkal Rahim

Penyelidik mendapati terdapat satu hubungan di antara merokok dan kanser pangkal Rahim dengan kajian yang menunjukkan perokok wanita lebih berisiko 80% mendapat kanser pangkal rahim.

Terdapat pendapat menyatakan merokok melemahkan keupayaan sel-sel servikal berlawan daripada jangkitan papilomavirus manusia (HPV) yang merupakan punca utama kanser pangkal rahim. Apabila badan tidak mampu mengalahkan jangkitan HPV, ia menyebabkan sel-sel servikal menjadi tidak normal dan bertukar menjadi kanser.

Untuk perokok wanita yang telah didiagnosis dengan kanser pangkal rahim, ia belum terlambat untuk berhenti. Jika anda berhenti atau mengurangkannya, sekurang-kurangnya 75 peratus anda mungkin masih mempunyai peluang dan terus hidup.

Merokok Dan Gangguan Orgasma

Berhenti merokok. Ia berbahaya pada arteri dan boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai kepuasan seks. Merokok boleh menyebabkan urat darah mengecut dan mengurangkan aliran darah ke bahagian pelvis.

Risiko Hormon

Wanita yang mengambil terapi hormon sama ada pil kontraseptif atau terapi penggantian hormon apabila menopaus perlu berhati-hati dengan bahaya yang dikaitkan dengan merokok.

Wanita yang mengambil pil perancang kehamilan dan merokok menghadapi risiko serius seperti pembekuan darah, serangan jantung dan strok. Risiko ini ber tambah mengikut umur dan wanita yang berumur 35 tahun tidak harus merokok dan mengambil pil kontraseptif pada masa yang sama.

Merokok juga berbahaya jika anda mengambil terapi penggantian hormon kerana ia memberi satu risiko serupa dengan penyakit kardiovaskular. Jika anda merokok pastikan anda membincangkan perkara ini dengan doktor anda sebelum mula mengambil terapi penggantian hormon.

Tiada perkara yang boleh menebus tabiat merokok. Bagi wanita ia adalah satu permulaan untuk menurunkan tahap kesihatan mereka. Sehubungan itu lebih baik jauhi diri dari merokok!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This