Saya tidak mahu jawatan, bukan ‘Pak turut’ – Syed Saddiq

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau keluar daripada blok kerajaan bukan kerana mahukan jawatan.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Muar itu berkata, tindakan itu dilakukan kerana mahu melawan amalan ‘ganjaran politik’ yang berleluasa dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Menurut Syed Saddiq, perkara itu boleh dilihat apabila ramai ahli politik mendapat jawatan dalam banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara.

“Kalau saya mahu jawatan dan keselesaan, lebih baik saya play safe dan membisukan mulut. Jadi ‘Pak turut’. Itu bukan Syed Saddiq.

“Saya lawan kerana saya tidak mahu Malaysia menormalisasikan rasuah. Jika saya mementingkan diri, saya akan ‘diam’ sejak 2015,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang – Johari

Untuk rekod, Syed Saddiq akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai hari ini susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau telah menerima surat daripada Syed Saddiq berhubung permohonan untuk mengubah tempat duduk  di dalam Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau telah melepaskan peluang untuk mendapatkan Ijazah Sarjana di Universiti Oxford sebanyak dua kali dengan nilai biasiswa sebanyak RM500,000.

Katanya, beliau juga telah kehilangan pendapatan sebagai pensyarah sambilan, pegawai penyelidik dan banyak lagi kerana lantang bersuara menentang perkara-perkara salah yang dilakukan kerajaan.

Syed Saddiq turut mendedahkan yang beliau ditawarkan jawatan menteri dan jawatan dalam GLC semasa Langkah Sheraton pada 2020, yang mana kesemua tawaran itu ditolak olehnya atas faktor prinsip.

“Saya konsisten dulu, kini dan pada masa hadapan. Saya berpolitik untuk bangunkan Malaysia. Bela rakyat. Cari Solusi.

“Bukan seperti segelintir yang sanggup menipu rakyat terang terang. Tangan kiri lawan rasuah, tangkan kanan bebaskan perasuah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This