Alif Satar & The Locos anggap album sebagai sisi kematangan, idam beraksi di Royal Albert Hall

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIARPUN penerbitan album pada era kini dilihat kurang relevan seiring dengan kemajuan teknologi digital, namun bagi Alif Satar & The Locos, ia masih lagi menjadi fokus mereka sebagai tanda kematangan.

Jelas Alif, senario industri muzik tanah air hari ini sudah tidak lagi sama seperti zaman dulu, maka dia akui ramai penyanyi memilih untuk melancarkan single lagu.

“Kami tak nafikan zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk hasilkan single berbanding album penuh.

“Tapi bagi Alif Satar & The Locos, album diibaratkan seperti tanda matang dan keseriusan kami dalam karier muzik.

“Penerbitan album ini adalah sebuah perjalanan dan proses belajar daripada kesilapan. Bukan sekadar nak kekal relevan dalam industri semata-mata tapi ia tanda kami dah matang dari aspek muzik,” katanya kepada URTV.

Alif Satar & The Locos ditemui pada majlis pelancaran album mereka di kapal persiaran mewah Resort World Cruises, baru-baru ini.

Alif turut berkongsi memori manis yang dilalui sepanjang bersama The Locos yang turut mencipta kejayaan memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL37).

“Saya dari penyanyi solo dan kini dah ada band. Dulu bila saya menyanyi sorang di atas pentas, saya sentiasa tak rasa puas.

“Saya cakap dekat diri, ‘saya nak buat lebih lagi’. Inilah dia tertubuhnya band The Locos. Malah, bersama dengan band ini jugalah, kami mencipta kejayaan.

“Selain AJL, kami juga baharu saja selesai menjayakan persembahan di festival Hausboom di Sepang. Terkejut juga bila dapat tahu lagu kami diterima oleh budak-budak ‘indie’.

“Sebelum ini, kami juga diberi peluang untuk beraksi di Orekstra Filharmonik Malaysia (MPO) yang kami kira bukan mudah untuk berada di pentas berprestij itu,” ujarnya.

Tambah Alif, mereka juga bercita-cita untuk beraksi di Royal Albert Hall, London sekaligus menjadi artis Malaysia keempat selepas Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Rabbani.

“Idea nak buat persembahan di Royal Albert Hall ini tercetus selepas kami buat konsert di MPO. Kami teringin juga nak beraksi di pentas ikonik itu, Insya-Allah satu hari nanti.

“Setakat ini ada tiga nama saja penyanyi Malaysia yang pernah buat persembahan di sana.

“Malah, ada juga kami fikir nak buat konsert di Chow Kit yang mana sebelum ini Sudirman saja yang pernah buat dekat situ.

“Banyak sebenarnya lokasi yang kami inginkan nak beraksi tapi apa-apa pun kami sentiasa berusaha dan akan buktikan band kami boleh buat di tempat tersebut,” katanya.

Alif Satar & The Locos pernah menerima undangan mengadakan persembahan di Manchester, Leeds dan London.

Selain Alif, The Locos turut dianggotai oleh Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram) dan Faliq Auri (saksofon).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This