Amaran! Lebih 50 peratus pesakit tidak ikut nasihat doktor!

Dari Penulis

KAJIAN terbesar dan terbaru di rantau Asia Pasifik menunjukkan lebih 50 peratus pesakit hiperkolesterolemia (paras kolesterol tinggi dalam darah), tidak mengikuti kaedah rawatan yang diberikan doktor.

Dalam siri kajian bertajuk Cepheus yang diterbitkan Astra Zeneca, 7000 pesakit daripada lapan negara termasuk Malaysia telah diuji berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Program Pendidikan Kolesterol (NCEP ATP III).

Kajian tersebut yang meneliti senario rawatan untuk individu berkolestrol tinggi bertujuan mengenal pasti ciri yang mempengaruhi kaedah rawatan daripada kedua belah pihak pengamal perubatan dan pesakit.

“Hasil kajian ini mendapati kira-kira setengah iaitu 50.9 peratus pesakit gagal mencapai tahap kolesterol lipoprotein kepadatan rendah (LDLC) walaupun telah menjalani rawatan kerana tidak mematuhi arahan doktor supaya mengambil ubat-ubatan mereka,” kata ketua penyelidik Cepheus, Datuk Dr. Khoo Kah Lin.

Tambahnya, lebih daripada separuh iaitu 54 peratus pesakit pula menyangka bahawa  ‘meninggalkan’ satu tablet sekali, setiap dua minggu atau lebih tidak akan mempengaruhi paras kolesterol mereka.

“Kedua-dua pengamal perubatan dan pesakit didapati tidak suka menukar kaedah rawatan mereka yang tersedia walaupun terdapat rawatan yang lebih berkesan. Kira-kira 64 peratus daripada jumlah bilangan pesakit masih mengambil ubat-ubatan merendahkan kolesterol yang sama sejak kali pertama ia dipreskripsi!” ujarnya serius.

Selain tidak mengikut arahan dos ubat, pesakit juga selalunya tidak mengikut jadual pemeriksaan yang ditetapkan pakar perubatan sedangkan kedua kaedah ini penting untuk membantu mengesan kadar kolesterol seterusnya keperluan ubat-ubatan baru atau dos yang berbeza. Ini menunjukkan ramai pesakit masih kurang pengetahuan tentang peranan ubat-ubatan dalam pengurusan penyakit.

“Doktor memainkan peranan penting dengan menjelaskan bagaimana ubat-ubatan merendahkan kolesterol ini berfungsi. Ini akan membantu pesakit memahami keperluan untuk mengambil ubat secara berkala pada masa yang ditetapkan,” jelasnya.

Data yang dikumpul melalui kajian ini akan membantu doktor dan pesakit untuk menguruskan rawatan mereka dengan lebih baik, dengan itu mengurangkan faktor risiko utama penyakit kardiovaskular, iaitu kolesterol tinggi.

Menurut penasihat cardiologi, Profesor Dr Wan Azman Wan Ahmad, kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular, yang dikenali sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia sejak tiga dekad yang lalu.

Walaupun risiko penyakit kardiovaskular meningkat dengan usia, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadi semakin lazim bagi golongan muda untuk menghidap penyakit ini.

Pesakit yang mengalami kolesterol tinggi juga perlu mengubah gaya hidup mereka, lebih-lebih lagi jika mereka merokok, atau tidak mengikuti pemakanan yang sihat. Adalah dinasihati supaya berhenti merokok, bersenam, makan secara sihat dan mengekalkan berat badan yang seimbang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This