Pandelela raih pingat acara individu Sukan Asia selepas 13 tahun

Dari Penulis

SELEPAS 13 tahun, penerjun elit negara Datuk Pandelela Rinong kembali meraih pingat acara individu di temasya Sukan Asia apabila merangkul gangsa pada final 10 meter (m) platform wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, hari ini.

Pada saingan final itu, Pandelela yang membuat penampilan keempatnya di Sukan Asia menerima tentangan sengit penerjun Jepun Matsuri Arai untuk posisi ketiga, selepas dua wakil China Quan Hongchan dan Chen Yuxi jauh meninggalkan mereka di kedudukan dua teratas.

Ketenangan ditunjukkan Pandelela pada dua terjunan terakhir membantunya mengesahkan gangsa selepas mengumpul keseluruhan 280.50 mata di belakang Quan yang merangkul emas (438.20 mata) dan Chen membawa pulang perak (435.65 mata).

Pencapaian itu menyaksikan beliau mengulangi kejayaan merangkul gangsa dalam acara sama pada penampilan pertamanya di Guangzhou, China pada 2010.

“Saya terkejut, sebab banyak kali saya cuba dapatkan pingat dalam acara individu di Sukan Asia, tetapi ada satu kali tak dapat (edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan), ada satu kali kena tarik diri saat akhir sebab kecederaan (edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia),” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sukan Asia: Zii Jia jumpa juara dunia Kunlavut di pusingan ketiga

Atlet berusia 30 tahun itu ternyata tidak dapat menahan air mata kegembiraan sepanjang sesi temu bual dengan media di Hangzhou.

Pandelela, yang turut meraih gangsa ketika bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita Sabtu lepas, berkata beliau terpaksa melawan rasa tidak sihat di sebelah pagi tadi untuk beraksi di final.

Katanya, situasi itu memaksa beliau mengambil ubat dan mendapatkan urutan daripada pegawai Institut Sukan Negara (ISN) untuk kekal cergas beraksi di sebelah petang.

“Saya mengalami selesema selepas acara 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah, saya juga nak berterima kasih dengan Bitah sebab kami menang pingat tempoh hari dan hari ini saya boleh buat terjunan lebih tenang,” katanya.

Gangsa yang diraih Pandelela itu menyaksikan kem terjun negara menghadiahkan keseluruhan satu perak dan empat gangsa dengan sukan terjun akan menutup tirai saingannya esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This