Tarik balik tauliah Dusuki, Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor – MAIS

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENARIKAN balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustaz Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Sharafuddin sebelum ini bertitah tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis lalu yang membatalkan penarikan balik tauliah terhadap Dusuki.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu tidak menyentuh atau mempersoalkan sama sekali penarikan balik tauliah atas titah Sultan Selangor.

Menurut Abdul Aziz, pembatalan yang dibuat Mahkamah Tinggi Shah Alam itu berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.

Justeru, beliau berkata, titah Sultan Selangor masih berkuat kuasa di negeri berkenaan.

“MAIS menegaskan bahawa keputusan menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ustaz Dusuki dibuat selaras titah Sultan Selangor yang berkaitan dan berdasarkan maklumat tentang status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam hal ini, MAIS memutuskan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut atas alasan antara lain rayuan yang difailkan hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Dusuki telah pun tamat pada 30 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ustaz Abdullah Khairi dapat tauliah khas mengajar di Kedah

Mengulas mengenai penarikan balik tauliah terhadap Abdullah Khairi, Abdul Aziz menegaskan keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS itu juga dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor yang sama.

Katanya, tindakan penarikan balik tauliah ini dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.

“MAIS menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkkan isu penarikan balik tauliah dan menghormati titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

“Ia dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam,” katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ahmad Dusuki yang telah dikeluarkan oleh MAIS.

Keputusan itu dibuat berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat MAIS.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This