226 kes tatatertib libat SPRM sejak 2021, PDRM tertinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 226 kes tindakan tatatertib melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh empat tahun sehingga September 2024.

Bagaimanapun, tindakan tatatertib paling tinggi dalam kalangan empat agensi penguatkuasaan adalah melibatkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu sebanyak 14,211 kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebanyak 40 tindakan tatatertib dikenakan kepada anggota dan pegawai SPRM pada tahun 2021 diikuti 68 kes pada 2022.

Kata beliau, sebanyak 51 kes direkodkan pada 2023 manakala 67 kes dicatatkan sehingga September 2024.

Azalina berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati sebanyak 348 kes tindakan tatatertib berlaku dalam Jabatan Imigresen Malaysia dan 312 lagi dalam Jabatan Penjara Malaysia untuk tempoh sama.

“SPRM mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran integriti.

“Setiap aduan atau maklumat yang diterima akan dinilai dan diuruskan mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sekiranya terdapat asas dan pembuktian yang mencukupi, tindakan tatatertib dan atau perundangan akan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan pegawai yang terlibat,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang meminta kerajaan menerbitkan statistik integriti warga SPRM secara tahunan sebagai petunjuk akauntabiliti institusi.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, dalam tempoh 2021 hingga Jun tahun ini, sebanyak 21 kertas siasatan rasuah dibuka terhadap pegawai SPRM.

Menurutnya, sebanyak 377 kertas siasatan rasuah dibuka terhadap pegawai dan anggota PDRM; 234 kepada pegawai Imigresen dan Jabatan Penjara (20).

Pada masa sama, beliau berkata, tahap integriti warga SPRM turut dipantau oleh badan pemantau bebas melalui jawatankuasa aduan di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009 atau Akta 694.

“Akta itu berfungsi bagi memantau pengendalian SPRM membabitkan aduan salah laku pegawai di suruhanjaya berkenaan yang tidak bersifat jenayah.

“Mereka yang dilantik menganggotai jawatankuasa aduan itu terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan MADANI dan SPRM akan terus memperkasakan mekanisme pemantauan dalaman serta memperkukuh budaya integriti dalam kalangan warga SPRM bagi memastikan tahap akauntabiliti yang tinggi dapat dikekalkan dan keyakinan masyarakat terhadap SPRM sentiasa terpelihara,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This