“Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi?” – Shila Amzah dah hilang sabar, adik lelaki reka kisah dongeng isu jual rumah

Dari Penulis

PENYANYI Shila Amzah meluahkan perasaannya yang sudah terlalu letih untuk berdepan dengan semua fitnah yang tidak benar membabitkan dirinya.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah,33, terpaksa ‘melepaskan’ rasa hatinya yang selama ini disimpan rapi setelah adik lelakinya iaitu Amir Syafiq terus meletakkan kesalahan kepadanya hanya kerana mahu menjual rumah miliknya yang didiami ibu serta adik-adiknya.

“saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

“Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

“Saya sudah terlalu penat nak hadap ini semua. Tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam,” katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya sebentar tadi.

Sementara itu, niatnya untuk menjual rumah banglo yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu sudah dipersetujui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

“Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.

“Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shila menyangkal tuduhan Syafiq yang mengatakan kakaknya itu ingin menjual rumah terbabit disebabkan inginkan duit.

“Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?.

“Kenapa mute aku kalau kau betul. Aku dah sampai limit ni. Aku ada semua resit, jangan ingat aku diam.

“Aku ni yang bangang. Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Meh la kalau kau betul anak jantan sulung macam kau claim. Bak datang aku tunggu,” ujarnya.

Terdahulu, Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman mereka. Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagaikan haiwan jalanan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This