Belanjawan 2024: RM100 juta untuk NGO dan pertubuhan masyarakat sivil

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Madani bersetuju untuk memperuntukkan RM100 juta untuk terus menyokong usaha yang diambil oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk Yayasan Hasanah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Madani Kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu adalah selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani yang mana Kerajaan akan menumpukan kepada Kerjasama Awam-Swasta-Dermawan (PPPP) dalam melaksanakan projek untuk rakyat.

“Dicadangkan syarat penggunaan tidak melebihi 25 peratus daripada dana yang terkumpul bagi tujuan penglibatan dalam perniagaan dinaikkan kepada 35 peratus.

“Ini bagi memastikan sumber pendapatan institusi, organisasi dan tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 terus mampan dan dapat menyokong inisiatif kebajikan yang dihasratkan oleh kerajaan.

“Dengan kelonggaran ini, kerjasama antara Kerajaan dan NGO dapat diperkukuh untuk menambah baik kualiti hidup rakyat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This