PN perlu menang Perak atau Pahang dalam PRU-16, kata Sanusi

Dari Penulis

*MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-69

PERIKATAN NASIONAL (PN) perlu menang sekurang-kurangnya satu lagi negeri, sama ada Perak atau Pahang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam politik tanah air.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kemenangan itu akan membolehkan parti itu menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di seluruh negara.

Sehubungan itu beliau menggesa ahli-ahli Pas bergerak ke depan untuk ke peringkat seterusnya supaya lebih banyak dimenangi oleh PN.

“Ketika ini Pas mendominasi jumlah ADUN dan Parlimen. Namun kita (PN) perlu menang  sekurang-kurangnya satu negeri lagi, sama ada Perak atau Pahang pada PRU akan datang,” katanya ketika menggulung perbahasan  Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 di Shah Alam hari ini.

Menteri Besar Kedah itu turut menegaskan, Pas perlu mengambil langkah politik bersesuaian dan bersedia untuk keluar daripada kekangan pendekatan tradisi yang dilaksanakan sebelum ini dalam mendepani cabaran terutama di negeri diperintah PN iaitu Kelantan, Terenggani, Kedah dan Perlis.

“Setakat ini, Pas berjaya menguasai hampir 100 peratus ‘market’ tradisi seperti golongan agamawan (masjid-masjid), sekolah-sekolah agama, pondok dan lain-lain. Namun Pas perlu mengorak langkah politik yang tidak membosankan untuk menawan serta menakluk ‘market’ pengundi muda serta yang tidak berparti.

“Pas juga perlu melangkah ‘pagar’ sebelah, kiri, kanan, belakang, hadapan dengan pelbagai pendekatan politik dan tidak hanya terkekang (terkurung) dengan pendekatan tradisi,” katanya.

Belau juga berharap, ADUN dan Parlimen  terutama dari Pas memainkan peranan penting terutama berkaitan arahan dan kehendak parti serta 

membina hubungan baik bersama parti di peringkat masing-masing dan tidak membelakangkan keputusan parti.

“Hindari perselisihan antara Pas kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR). Kedua-duanya mempunyai peranan untuk mempertahan serta memenangkan Pas.

“Pas kawasan dan negeri juga jangan meninggalkan wakil rakyat sendirian. Kedua-duanya perlu bergerak seiring. PKWR perlu difungsikan serta memberi servis (perkhidmatan) sebaiknya kepada rakyat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This