Didakwa ambil dadah, G-Dragon tampil beri kenyataan

Dari Penulis

PENYANYI G-Dragon menafikan dakwaan dia terlibat dalam kes pengambilan dadah dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi tujuan siasatan.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 35, dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu tidak benar seperti dilaporkan berita, baru-baru ini.

“Tidak benar mengenai (dakwaan) saya mengambil dadah. Saya tidak ada kaitan dengan laporan berita mengenai perlanggaran Akta Kawal Narkotik dan sebagainya yang didedahkan media.

“Bagaimanapun kerana saya tahu ramai yang risau, saya akan bekerjasama lebih aktif dengan siasatan polis dan ikut serta secara tekun,” ujarnya.

Terdahulu, ahli kumpulan BigBang itu telah dilaporkan dipanggil polis kerana terlibat dengan kesalahan yang membabitkan pengambilan dadah. Ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminatnya.

Sementara itu, pihak polis menyatakan mereka tidak dapat berkongsi butiran lanjut kes itu kerana masih di bawah siasatan.

Polis turut menjelaskan kes terbabit tiada kaitan dengan kes pelakon, Lee Sun Kyun yang kini dalam siasatan berkaitan pengambilan dadah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This