Nyanyian itu tanggungjawab, Wings akan teruskan konsert Februari ini

Dari Penulis

PENYANYI rock legenda Datuk Awie menganggap menyanyi adalah sebahagian dari tugasan selain untuk mencari rezeki buat keluarga.

Ujar Awie, setiap kali Wings mengadakan konsert pasti akan diselitkan tribute kepada Palestin malah percaya doa yang dibaca serta diaminkan beribu umat Islam semasa konsert juga perlu diambil kira.

“Kita baca terus atas pentas dan diaminkan 9,000 orang. Jadi saya rasa itu satu kejayaan besar untuk kita amikan doa yang baik untuk Palestin.

“Ini juga tanggungjawab dan perjuangan daya untuk keluarga dan kawan-kawan saya. Seni itu juga perjuangan untuk keluarga.

“Kebetulan kami dilahirkan berseni dan ada kemampuan untuk bernyanyi, buat lagu, berlakon dan sebagainya. Jadi kita kena teruskan,” ujarnya ketika ditemui URTV di majlis sidang media Konsert The Rock Emperor di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kongsi Awie lagi, kumpulan Wings sebelum ini ada membuat solat hajat serta menghulurkan sumbangan kepada bumi bergolak itu namun tidak dipamerkan kerana tidak mahu dilabel riak oleh segelintir masyarakat.

“Sebelum buat show ini, kami buat solat hajat dan sedekah kepada Palestin tapi tak cerita pada orang pun.

“Dan sekarang dah buat kami jadi riak dan bercerita kepada semua. Setiap persembahan kami akan ada tribute kepada Palestin seperti selawat dan berdoa.

“Kami juga takut kepada dosa, tapi ini ialah kerja. Kebaikan kami juga tak perlulah nak pamerkan sentiasa.

“Sebagai umat Islam kita berdoalah sentiasa. Semua ada kerja dan tanggungjawab masing-masing. Jadi kalau kami stop ia seolah menyekat rezeki kami juga,” katanya.

Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter bakal berlangsung pada jam 9 malam, 24 Februari di SPICE Arena Penang.

Tiket untuk menonton boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia dengan harga bermula RM95 (CAT1) RM115 (Rock Zone), RM158 (Rock Silver), RM188 (Rock Gold), RM258 (Numbered Seat) dan RM316 (VIP).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This