Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia, Aron Koh terbitkan buku untuk dikongsikan kepada penggiat seni

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MENGUTIP pengalaman selama 18 tahun dalam industri perfileman membuatkan penerbit, Aron Koh cukup yakin dan sudah tiba masanya untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai karya seni kepada orang lain.

Bagi merealisasikan hasratnya itu, sebuah buku berjudul Lensa: DiSebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia dijadikan sebagai pengantara kepada penggiat seni yang ingin aktif dalam industri perfileman.

“Buku ini diterbitkan bagi memberi pendedahan dan mendidik penggiat industri seni mengenai peraturan, analis proses pembikinan filem dan mengenal pasti faktor kejayaan sesebuah filem serta adaptasi trend industri pasca pandemik.

“Saya yakin dan optimis buku ini akan memberi inspirasi kepada pembikin filem yang baharu berjinak dalam industri.

“Malah, buku ini juga boleh dijadikan panduan untuk lepasan ijazah yang sedang menuggu peluang serta pendedahan kepada pembuat filem luar negara tentang industri perfileman dalam Malaysia,” katanya kepada URTV.

Aron berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia di TGV Pavilion, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman.

Memiliki pengalaman sebagai Pengurus Besar Akademi Filem dan TV Limkokwing, Aron berkongsi isi kandungan buku terbitannya itu menceritakan tentang situasi semasa industri filem tempatan dan cabaran mendepani masa hadapan.

“Analisa secara menyeluruh mengenai pemahaman dan pandangan saya terhadap industri, masalah yang dihadapi dan cadangan yang kontra.

“Paling istimewa, buku ini turut mendapat pengiktirafan daripada Blockchain Agency selain merupakan karya pertama pembuat filem Malaysia yang diletakkan di platform dagangan NFT,” ujarnya.

Sebelum ini buku tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris berjudul ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking.

Aron yang juga Penerbit Lomo Pictures pernah menerbitkan filem popular seperti Haunted Hotel.

Pada majlis sama, Aron turut memperkenalkan tiga filem dan satu dokumentari iaitu Tiga Adiwira, Syaitan Nirrajim, Dokumentari Asean Horror dan The Missing Child yang bakal ditayangkan tahun hadapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This