Dua lelaki ditahan di Kota Bharu kes hina Agong, ugut PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA lelaki telah ditahan secara berasingan di Kota Bharu, Kelantan masing-masing ekoran kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah kepada Perdana Menteri melalui platform media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 37 dan 34 tahun.

Jelasnya, tangkapan pertama disyaki pemilik dan pengendali akaun Facebook ‘Cik Mat Cik Po’ yang ditahan, Ahad lalu di sekitar Kota Bharu.

Menurut Razarudin, pengendali akaun ‘Cik Mat Cik Po’ itu ditahan kerana memuat naik komentar kecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap lelaki itu di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dibenarkan selama empat hari sehingga Khamis ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana Raja.

“Lelaki tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Bukit Aman siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM

Mengulas lanjut, Razarudin memaklumkan, pihaknya turut menahan pemilik dan pengendali akaun TikTok @jaiadani89 susulan hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri.

Beliau berkata, lelaki tersebut diberkas di kawasan Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, hari ini dengan permohonan reman dibenarkan selama tiga hari hingga Khamis ini.

Razarudin berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihatkan orang rmaai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM juga mengingatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial,” katanya.

Ahad lalu, PDRM memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial.

Ia susulan tangkap layar video dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This