Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup – polis

Dari Penulis

Polis mendapati kedai serbaneka yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen di Taman Rishah di Ipoh sudah tidak beroperasi dan ditutup.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu video tular memaparkan sekumpulan lelaki menegur pekerja kedai serbaneka terbabit.

Beliau berkata premis berkenaan telah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak polis dengan penahanan dan pemotongan bekalan elektrik.

“Namun begitu, pemantauan dan pengumpulan risikan terhadap premis ini akan diteruskan berdasarkan maklumat yang tular.

“Polis juga mendapati aktiviti perjudian tanpa lesen sebegini yang sentiasa bertukar taktik operasi dan berpindah tempat operasi bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa undang-undang,” katanya.

Beliau berkata sekumpulan lelaki dalam video itu juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Yahaya berkata sebanyak lapan serbuan dan tangkapan berkaitan perjudian berjaya dilakukan di Taman Rishah sepanjang tahun ini.

Beliau berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 21a (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu premis yang didapati menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen telah dipotong bekalan elektrik.

Pihaknya turut mengalu-alukan penyaluran maklumat oleh orang awam menerusi Pusat Kawalan Daerah di talian 05-2542222.

— BERNAMA

Monday , 18 December 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This