Sebar gambar bogel punca lelaki dibunuh sebelum ditanam di Sungai Choh

Dari Penulis

TIDAK puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan belukar dekat Sungai Choh, Rawang pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah menahan lima lelaki dan tiga wanita masing-masing bersia 19 hingga 46 tahun.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama 13 hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan arahan tuduh ke atas enam suspek telah dikeluarkan di mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.

“Manakala lima lagi suspek dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seorang daripada suspek akan dituduh dengan dua pertuduhan iaitu melupuskan barang bukti dan bunuh.

Tambahnya, dua lagi suspek dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan.

“Kesemua suspek akan dituduh di mahkamah Selayang hari ini dan motif kejadian kerana tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This