King Sing nafi minum arak, makan daging khinzir di pejabat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya minuman alkohol dan daging khinzir dihidangkan di pejabatnya.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, King Sing turut mencabar pihak yang menyebarkan tuduhan itu segera tampil dan bersemuka serta memberikan bukti dalam tempoh dua minggu.

Pada masa sama, beliau memaklumkan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa hadapan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu menegaskan, semua pihak di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sentiasa menyemat semangat perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain.

Malah, katanya, persekitaran kerja yang harmoni dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lancar merupakan keutamaan sejak dirinya memimpin kementerian itu.

“Saya tiada pilihan selain mengeluarkan kenyataan ini sebagai menjawab mesej WhatsApp yang disebabkan secara meluas.

Baca artikel lain: ‘Ketika ada jawatan, kamu menikus’, King Sing sifatkan ‘Langkah Dubai’ buang masa

“Mesej itu menuduh saya minum dan makan daging khinzir di pejabat dan terdapat alkohol yang disimpan di pejabat saya. Saya pelik, kenapa fitnah sebegini dimainkan?

“Tuduhan yang tidak berasas seperti ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, King Sing mendakwa tuduhan sedemikian sebagai sengaja memburukkan nama baik beliau dan cuba mencetuskan ketegangan kaum.

Katanya, beliau selalu menghormati semua kumpulan etnik dan agama yang ada di Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Malah, King Sing berkata, dakwaan sedemikian mencemarkan imej pentadbiran negara.

“Dengan kesibukan kerja dan jadual yang padat, saya sebenarnya tidak ada masa untuk melayan fitnah ini.

“Namun, disebabkan ia tular, maka saya perlu menjawabnya supaya orang ramai tidak terpedaya.

“Kandungan mesej tersebut bukan sahaja palsu tetapi juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang secara jelas bertujuan mencetuskan kebencian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This