Lebih 50,000 hadir pembukaan Festival Muzik Air Rain Rave 2026 – King Sing

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

FESTIVAL Muzik Air Rain Rave 2026 yang membuka tirai malam semalam berjaya mengamit kehadiran keseluruhan sepanjang hari mencecah lebih 50,000 orang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kehadiran pengunjung tempatan dan pelancong dari pelbagai negara menjadikan suasana semakin padat, hidup, rancak dan bertenaga.

“Selepas majlis perasmian, suasana festival terus memuncak dengan semua bersama-sama merasai kemeriahan acara. Di pentas dan di tengah orang ramai, semuanya bergerak seiring dengan alunan muzik.

“Percikan air, sorakan dan tarian menghidupkan seluruh ruang, mewujudkan suasana yang spontan dan penuh kegembiraan.

“Dalam keadaan itu, saya turut naik ke pentas untuk menyertai aktiviti semburan air, namun akhirnya “dibalas” sehingga basah kuyup,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, apa yang paling mengagumkan ialah keadaan tetap terkawal dan tersusun dengan semua pihak saling bekerjasama serta menunjukkan sikap hormat antara satu sama lain.

“Aktiviti juga dihentikan sementara bagi laluan azan berkumandang sebelum disambung semula selepas itu, mencerminkan kepekaan kita terhadap kepelbagaian budaya dan agama di negara ini yang menjadi asas keharmonian masyarakat Malaysia.

“Inilah semangat yang ingin kita bawa melalui Tahun Melawat Malaysia 2026, bukan sekadar untuk menarik lebih ramai pelancong, tetapi untuk memberi peluang kepada semua untuk berkongsi ruang yang sama dan merasai sendiri keunikan Malaysia,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This