Dua anggota polis peronda yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, kini ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.
“Ya, kedua-dua mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit.
Dalam kejadian pada Selasa lepas, kedua-dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai membawa penuntut dan rakan lelakinya ke tempat berasingan sebelum seorang daripada mereka bertindak merogol mangsa.
Kedua-dua anggota itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

