Perhimpunan Agung UMNO 2024 akan diadakan pada 21-24 Ogos

Dari Penulis

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 21 hingga 24 Ogos ini dan sebelum itu diadakan Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dari 22 April hingga 2 Jun.

“Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian diadakan pada 21 Jun hingga 29 Julai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan MKT UMNO di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

Katanya, mesyuarat hari ini juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia yang secara konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin hingga membawa kepada keputusan positif Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

“Ia berpandukan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang memerintahkan Israel untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan membenarkan bantuan kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu, UMNO Malaysia melalui Majlis Ekonomi dan Kewangan UMNO yang dipengerusikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani jua mengumumkan akan mengadakan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera pada 3 Februari ini di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur.

Resolusi Kolokium ini akan dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dianjurkan pada 29 Februari, 1 dan 2 Mac ini.

“Mesyuarat juga membincangkan mengenai Memorandum Tuntutan Rakan-Rakan Penghantar Syarikat Penyedia Perkhidmatan Penghantaran Barangan dan Makanan (P-Hailing) Grabfood yang diserahkan.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia sekaligus memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi Gig di Malaysia terpelihara,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This