Anggota trafik minta RM100: Polis kesan warga asing bantu siasatan

Dari Penulis

Polis Perak sedang mengesan warga asing yang juga pempengaruh media sosial bagi membantu siasatan berhubung anggota trafik yang kononnya menawarkan diskaun saman ketika ditahan di lokasi kejadian.

Video penuh klik link di bawah 

https://t.me/infoutusantv/3443

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata bagaimanapun difahamkan pasangan warga asing itu kini berada di luar negara.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti anggota trafik yang terlibat sama ada anggota itu berkhidmat di kontinjen di negeri ini atau lain kontinjen.

“Kami masih lagi menjejaki mereka bagi membantu siasatan selain kami juga mengenal pasti daripada pelbagai aspek iaitu lokasi, tarikh serta masa kejadian itu berlaku.

“Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah meminta saya untuk menyerahkan kepada mereka untuk membuat siasatan dahulu di mana perkara itu berlaku,” katanya kepada  pemberita selepas merasmikan Program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran Lions Club of Ipoh di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.

Kejadian itu tular selepas video memaparkan tindakan anggota polis terbabit dimuat naik menerusi halaman YouTube pasangan berkenaan sebelum dikongsi beberapa pengguna media sosial.

Pasangan terbabit ditahan seorang individu dipercayai anggota polis kerana didakwa memandu melebihi had laju, namun anggota terbabit menawarkan diskaun saman daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This