Seorang anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan empat.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota berpangkat sarjan itu direman hingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.
“Jabatan Integriti dan Permatuhan Standard akan mengambil tindakan dalaman daripada pihak jabatan kepada anggota yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran Lions Club of Ipoh di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada Julai dan Oktober tahun lepas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

