Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara

Dari Penulis

ISTIADAT ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim yang tiba di Istana Negara pada 10.40 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota yang diketuai Mej Nurul Fauzan Md Sabri di Dataran Istana Negara.

Baca artikel lain: Sultan Ibrahim lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Serentak dengan itu, Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dengan 40 anggota yang dipimpin Lt Muhamad Fauzee Japar memainkan lagu Negaraku sebelum Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM berkenan memeriksa KKU berkenaan.

Selesai istiadat di Dataran Istana Negara, Sultan Ibrahim berangkat memasuki Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) bersempena dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Memegang Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This