YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.
Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka bertitah, bapa merupakan sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pembimbing yang mencorakkan masa depan anak-anak.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan bapa yang amat bernilai.
“Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi di dalam hati.
“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka.
Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun bagi mengiktiraf peranan bapa yang merupakan pelindung, pembimbing dan tonggak kesejahteraan keluarga.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

