Norreen Iman akui silap tayang badan, tunjuk perut bila berjaya turunkan berat badan

Dari Penulis

PELAKON dan personaliti media sosial, Norreen Iman yang kini tampil dengan berhijab akui menyesal kerana pernah mendedahkan auratnya sebelum ini.

Sejak berjaya menurunkan berat badannya sehingga 27 kilogram, Norreen atau nama penuhnya Norreen Iman Abdullah yang dilantik sebagai duta pelangsingan badan mahu membuktikan kepada orang luar mengenai keberkesanan produk berkenaan.

Justeru, ketika itu dia berpendapat, perlu untuk dia menunjukkan kejayaan itu dengan cara tampil seksi agar dapat menyakinkan pembeli.

“Sejak aku turun berat badan, aku ada satu persepsi, aku kena tunjuk badan aku untuk orang faham.

“Orang akan tengok dan percaya yang aku betul-betul dah turun berat badan.

“Tapi aku silap, aku yang menggelabah. Aku yang macam ‘is a reward for myself’.

“Aku silap, tak perlu pun aku nak tunjuk berjaya bagai, tunjuk perut, tunjuk ‘boobies’,” katanya.

Pada masa sama, Norreen turut memberitahu ada menerima mesej langsung (DM) daripada pengikutnya yang merasakan mereka kehilangan diri sebenar pelakon itu.

Jelas ibu kepada dua orang anak itu, dia inginkan perubahan dalam hidup. Malah, percaya setiap orang juga mahukan perkara yang sama.

Bagaimanapun, Norreen menegaskan bahawa dia masih orang yang sama, hanya penampilan saja yang berubah.

“Siapa yang tak nak berubah jadi insan yang lebih baik untuk masa hadapan? 

“Apa yang aku kena buat sekarang, aku kena kurangkan cara percakapan aku,” ujarnya.

Terdahulu, Norreen bertindak memadam gamabr-gambarnya yang tidak bertudung di media sosial.

“Daripada lebih 2000 hantaran kepada 300 sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.

“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu lagi.

Norreen turut mengaku menangis saat memadam gambar-gambar memori tersebut namun yakin disebalik kesedihannya itu akan muncul hikmah.

“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan.

“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” tulisnya di Instagram Story.

Warganet gembira dan menyambut baik usaha Norreen yang perlahan-lahan berubah untuk menjadi muslimah selaras dengan tuntutan Islam. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This