[VIDEO] Gunakan peluang yang ada untuk berguru dengan komposer L.Y – HarsonBee

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MAHU dikenali sebagai HarsonBee, anak jati kelahiran Sandakan, Sabah ini bersyukur kerana dilamar komposer terkenal, L.Y untuk mengembangkan karier nyanyiannya.

HarsonBee atau nama sebenarnya Harrison Bryan kini merupakan salah seorang artis di bawah syarikat L.Y Music Factory miliki komposer tersebut bersama isterinya yang juga penulis lirik Baiduri.

Berkongsi detik pertemuaan bersama L.Y, kata HarsonBee, semuanya bermula apabila pensyarah kolejnya iaitu Chonnel George menyuarakan pendapat untuk menghantar single ciptaannya, Pemilik Hatiku kepada L.Y Music Factory.

“Saya merupakan pelajar Diploma Muzik di North Borneo University College di Kota Kinabalu. Dari situ, saya mula belajar menulis lagu sendiri sehingga terhasillah Pemilik Hatiku.

“Pensyarah saya bercadang untuk memberikan lagu tersebut kepada L.Y. Selepas lagu tersebut siap sepenuhnya, saya memang tak sangka L.Y bersetuju untuk panggil saya ke sesi rakaman,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada sidang media Majlis Kerjasama Strategik antara L.Y Music Factory dan Universal Music Malaysia di Petaling Jaya, baru-baru ini.

HarsonBee bukanlah asing dalan dunia muzik kerana bakatnya pada awalnya dicungkil menerusi Sabah Next Top Composer dan berjaya meraih tempat ketiga menerusi lagu Cerita Cinta Kita. 

Pemuda berusia 24 tahun itu bersyukur kerana diberi peluang keemasan untuk berguru di bawah komposer otai seperti L.Y atau nama sebenarnya Rozman Shafie yang sudah menghasilkan ratusan lagu untuk penyanyi tanah air.

“Pemilik Hatiku dijadikan debut sulung saya untuk peminat mula mengenali saya secara lebih dekat.

“Mencari melodi untuk lagu ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep ‘bubblegum pop’. 

“Ia adalah satu cabang daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen ‘catchy’, ‘cute’ dan juga ‘upbeat’.

“Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini mengambil masa satu hari,” ujarnya. 

Dia berharap hasil karyanya itu diterima ramai terutamanya golongan remaja pada zaman kini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This