[VIDEO] Mengejar Cinta sarat dengan emosi, undang sebak Nomad

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Rindu pada orang yang telah tiada menjadi antara intipati penting bait-bait lirik yang digarap dalam lagu Mengejar Cinta, buah tangan terbaharu Nomad yang mula menemui peminat 16 Februari yang lalu.

Baginya, apa yang dizahirkan menerusi lagu berkenaan merupakan sebuah kerinduan dan kenangan yang telah pergi buat selama-lamanya- sama seperti apa yang dilalui oleh kebanyakan daripada kita yang melalui perkara yang sama.

“Bila bercakap tentang kecintaan dan kerinduan, ia boleh dikaitkan dengan pelbagai kisah yang pernah kita dengar. Dan liriknya juga menceritakan tentang  kecintaannya pada sosok yang telah banyak memartabatkan pejuangan untuk seluruh umat-Nya. 

”Setelah mengharungi satu perjalan yang amat jauh tanpa mengenal erti penat lelah ditemani air mata kerinduan dan akhirnya dapatlah ia melepaskan kerinduan dengan pelukan yang penuh dengan cinta kepada cinta hatinya,” ungkap penyanyi berusia 36 tahun ini.

Meskipun apa yang tersirat begitu mendalam, Nomad tidak mahu pendengar menjadikan ia sebagai satu perkara yang memberatkan sebaliknya lirik berkenaan juga boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, Mengejar Cinta bukanlah sebuah karya yang rumit untuk difahami namun ia kaya dengan maksud tersirat yang mempunyai pelbagai pengertian.

Bercerita mengenai pemilihan karya pula, sebenarnya single tersebut dicipta sebelum proses rakaman berlangsung. Pada awalnya, Nomad mahu menjadikan lagu ini sebuah karya “fast song” namun ia berubah apabila beberapa waktu kemudian.

“Bila saya dengar dan hayati semula liriknya, datang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya bersatu. Perasan sedih, gembira dan bahagia bercampur baur dan membuatkan saya mahu memahaminya dengan lebih mendalam.

“Bila masuk proses rakaman, saya ambil masa selama dua jam untuk memahaminya. Padahal ini merupakan lagu ciptaan saya. Sebenarnya ada perasaan lain dirasai malam berkenaan. Mujur ada guru vokal yang membantu proses berkenaan,” tambahnya lagi.

Mendapat bimbingan vokal daripada J Ratno, Afif Tirmizi dan Rudy Nastia yang bertindak sebagai penggubah muzik, mereka banyak membantu melicinkan proses rakaman dengan memberikan pelbagai input baharu.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi berkenaan. Perasaan luar biasa yang dihadapi ketika proses rakaman berkenaan membuatkan dia tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.

“Sejujurnya saya hanya mahu pendengar menikmati buah tangan terbaru ini. Hasil tangan ini lebih matang jika mahu dibandingkan dengan karya-karya terdahulu.

“Sudah pasti saya bersyukur dan gembira dapat menghasilkan sebuah karya yang mengikut kematangan usia yang saya anggap sebuah cerita ‘kesedihan yang sangat bahagia’,” katanya yang masih aktif menyanyi.

Mengejar Cinta sudahpun dirilis secara rasmi disemua platform digital bermula 16 Februari yang lalu. Lirik video juga boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This