Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dilaporkan meninggal dunia, awal pagi ini.

Abdul Taib menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Abdul Taib itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof seperti dilaporkan Astro Awani.

“Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghornatan terakhir (peringkat Semenanjung).

“Jenazah kemudiannya akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim turut mengesahkan berita tentang pemergian Abdul Taib.

Baca artikel lain: Raghad nafi gambar kononnya Taib Mahmud kritikal

“Kembalinya ayahanda Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Abdul Taib kepada penciptanya kira-kira 4.40 pagi tadi.

“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial milik Hanifah Hajar pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya, Kuching.

Abdul Taib, 87, mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014 bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari 2014.

Dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936, beliau adalah Ketua Menteri Sarawak keempat yang berkhidmat selama 33 tahun mulai 1981 sehingga 2014.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This