Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Abdul Taib

Dari Penulis

SULTAN Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak, Kuching hari ini.

Turut berkenan menyertai solat jenazah ialah anakanda baginda Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu juga disertai Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sultan Hassanal Bolkiah kemudiannya berangkat menyertai istiadat pengebumian Abdul Taib di perkuburan keluarga berdekatan masjid tersebut.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abdul Taib dibawa dari Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak setelah selesai majlis istiadat memberi penghormatan terakhir oleh orang ramai yang diadakan di situ.

Baca artikel lain: Hujan tak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Abdul Taib

Perjalanan dari kompleks itu ke Masjid Demak diiringi tembakan 87 das meriam oleh Rejimen Ke-8 Artileri Diraja sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib tiba di perkarangan masjid pada 11.56 pagi dan diusung oleh pegawai tentera dan polis ke dalam masjid sambil diiringi isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib serta ahli keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan pada kira-kira 1.20 petang dalam suasana cuaca hujan.

Allahyarham Abdul Taib, 87 tahun meninggal dunia pada kira-kira 4.40 pagi semalam dan Kerajaan Sarawak mengisytiharkan Sarawak berkabung selama dua hari bermula semalam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This