Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di kolam tadahan

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata mangsa ditemukan oleh orang awam yang sedang memancing pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa dijumpai di tengah tasik atau kolam tadahan banjir oleh pemancing. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hidayati dalam hantaran di laman Facebook memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya yang dipercayai hilang pada 4 petang semalam.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar jam 4 tadi. Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya 013-405 9569 kerana anak saya autisme,” katanya.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This