DUA penerjun wanita, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri sah digugurkan daripada program Road to Gold (RTG) selepas mereka gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Perkara itu diumumkan Penyelaras Jawatankuasa RTG, Datuk Stuart Ramalingam dalam satu sidang media, sebentar tadi.
Kedua-dua atlet itu gagal layak secara merit ke Sukan Olimpik di Paris selepas tidak dapat menunjukkan persembahan cemerlang dalam beberapa acara yang disertai Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar awal Februari lalu.
“Untuk atlet yang sedia ada, Jawatankuasa (RTG) telah memutuskan untuk mengeluarkan dua penerjun wanita negara iaitu Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.
“Dan dengan kriteria sedia ada dalam program Road to Gold, keputusan terpaksa diambil oleh jawatankuasa untuk mengeluarkan kedua-dua atlet ini,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Astro Arena.
Sementara itu, Stuart turut mengumumkan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal negara dalam sukan itu layak beraksi di Paris disenaraikan dalam RTG bagi membantunya melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar itu.
Bertrand turut menjadi atlet pertama yang terpilih untuk menyertai program Fast Track. Program ini yang memfokuskan kepada atlet berusia 16-25 tahun itu bakal bermula selepas tamat Sukan Olimpik 2024.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

