Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM

Dari Penulis

POLIS membuka kertas siasatan terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu turut dibuka terhadap Muhammad Zahid Md Arip, yang juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan ini dan kedua-dua individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang baharu Datuk Khaw Kok Chin daripada Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang baharu Mohd Kamarudin daripada Datuk Seri Hazani Ghazali.

Baca artikel lain: PDRM sahkan Istana Negara buat laporan terhadap Chegu bard

Mengenai notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, Razarudin berkata pihaknya telah menghantar maklumat tambahan seperti yang diminta oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kini polis hanya menunggu maklum balas lanjut daripada pihak Interpol berhubung notis merah berkenaan,” katanya.

Mengulas penggunaan kamera badan oleh anggota polis di lapangan, beliau berkata pihaknya menjangka menerima perkakasan itu pada Oktober ini.

“Diharapkan dengan penerimaan 7,648 unit kamera badan ini sekurang-kurangnya dapat menghindar tohmahan terhadap warga PDRM selain menjadikan pegawai dan anggota kita lebih bertanggungjawab,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This