Pemilik jenama pakaian tak jujur, madu Marissa Dania kecewa sengaja guna isu sensitif

Dari Penulis

MADU kepada pempengaruh kontroversi, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia bersepakat dengan suaminya, Aslam semata-semata untuk mempromosikan satu jenama pakaian tempatan.

Menerusi Instagram Story, Umisya terkilan kerana pihak jenama pakaian tersebut seakan mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku terhadap mereka.

“Waktu ‘shoot’ memang Aslam dan M (merujuk Marissa) tiada bersama.

“Penjelasan ini dibuat untuk mengelakkan fitnah yang berleluasa. Ada yang kata marketing semua ini. 

“Ya, mungkin marketing untuk jenama ‘tut’ tapi bukan untuk Umisya,” tulis seorang pengguna Instagram dipercayai sahabat yang menguruskan kerjaya Umisya.

Malah, Umisya turut berang kerana pihak jenama itu juga tidak bersikap jujur disebabkan telah merahsiakan pembabitan Marissa dalam koleksi yang sama.

“Kami memang tak tahu langsung yang jenama ‘tut’ itu ambil si Marissa untuk model baju mereka juga.

“Sebelum kami ambil ‘job’, kami akan teliti dahulu media sosial sesebuah jenama demi memastikan tiada Marissa.

“Waktu sampai di lokasi ‘shoot’, barulah keluar gambar Marissa dalam media sosial jenama tersebut. Waktu itu, nak cancel (batal) job memang dah tak boleh.

“Sebab bayaran pun dah diterima dan kami pun sudah sampai di tempat kejadian cuma minta jasa baik pihak mereka untuk keluarkan dulu hantaran (posting) Marissa. barulah gambar-gambar (model) yang lain,” tulisnya lagi.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai tidak sensitif dan Umisya turut menyelar pendekatan yang digunakan oleh pihak jenama pakaian tersebut sebagai tidak bermoral.

“Saya faham peniaga-peniaga semua ada bermacam cara untuk pasarkan produk mereka.

“Cuma tak pernah terfikir akan sampai begini. Nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak.

“Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi, segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaan-Nya,” luahnya Umisya.

Terdahulu, selepas hampir dua bulan mengunci mulut, Marissa yang merupakan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi akhirnya secara terbuka tampil menjalani sesi fotografi bersama suaminya, Aslam untuk sebuah jenama pakaian.

Menerusi video yang kini tular dalam media sosial, Marissa, 20, yang tampil berpakaian sedondon berwarna hitam bersama Aslam yang dipercayai turut bertindak sebagai model jenama pakaian sama bagi keluaran hari raya Aidilfitri tahun ini.

Paling mencuri perhatian adalah adegan Marissa membetulkan butang baju yang digayakan oleh Aslam.

Mereka kelihatan tidak kekok sepanjang sesi fotografi berlangsung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This