Emotif Aina Abdul menerusi Kembara Nabawi, menghormati warisan Nabi Muhammad

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAHARU sahaja menggondol anugerah Vokal Terbaik dan tempat ketiga di acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi berbakat besar Aini Abdul muncul dengan sebuah karya kerohanian berjudul Kembara Nabawi.

Menariknya kali ini, lagu tersebut bukan ciptaan atau tulisan Aina sendiri tetapi ia dicipta oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik juga dari FJ Muzik juga.

Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam. 

“Untuk lagu ini saya dan Alan merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina. 

“Ini kerana Aina mempunyai kebolehan menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut. 

“Aina seorang penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujar Anep selaku salah seorang pencipta lagu ini.

Malah, untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu. 

“Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW.

“Tapi dalam masa yang sama agak susah untuk kami singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap.

“Kami mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat serta pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini. 

“Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.

Lagu ini juga ditampilkan dengan sebuah video muzik dan telah dilancarkan bersama pada 8 Mac yang lalu. 

Kembara Nabawi boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This