Rita Rudaini tak ajar jadi anak derhaka – “Kalau pihak sana nak jumpa, yang sini kata tak nak, saya tak akan bagi sebab…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

AKTRES Rita Rudaini menafikan sekerasnya dakwaan dia menjadi punca dua orang anaknya dihalang bertemu dengan bapa kandung mereka, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Sebaliknya kata Rita, dia tidak pernah berniat untuk mengajar anak-anaknya derhaka dengan bekas suaminya.

Malah, ujar pemilik nama penuh Rita Rudaini Mokthar,48, dia menghormati apa sahaja keputusan anak-anaknya.

“Kalau dia kata nak jumpa, saya okay sebab anak kan. Saya tak nak mereka derhaka. Kalau dia sendiri kata nak jumpa, okay tak ada masalah tapi kalau dia kata tak nak, okay saya tak nak.

“Kalau pihak sana nak jumpa, yang sini kata tak nak…okay saya tak akan bagi sebab saya sendiri yang besarkan mereka,” katanya kepada URTV.

Ujar Rita, bukan mudah membesarkan dua orang anak lelaki biarpun tanpa sosok seorang bapa seperti keluarga lain.

Lebih membuatkan dirinya rasa bercampur baur apabila anak-anak sudah masuk fasa akil baligh dan tiada lelaki dewasa dalam rumah yang boleh berkongsi cerita melainkan hanya dirinya seorang.

“Susah nak jaga anak lelaki. Bila anak-anak berkhatan, saya yang bawa mereka. Bila mereka masuk fasa akil baligh, saya pula yang gelisah macam mana ni.

“Selalunya perkara-perkara tu bapa yang ‘slow talk’ tapi ni saya pula yang bertanya dan ajar anak-anak. Saya sampai telefon abang dan sepupu lelaki nak tanya macam mana mula-mula nak tanya kepada anak-anak. 

“Tapi Alhamdulillah, anak-anak memang akan cari saya dulu. Bagi anak-anak tak ada malu sebab mereka hidup dengan mak. Jadi tak ada perasaan malu,” ungkapnya.

Rita berkongsi perkara tersebut ketika ditemjui pada Majlis Berbuka Puasa dan Sidang Media Starvendors di Subang Jaya.

Pada masa sama, Rita turut berkongsi kepada rakan wartawan mengenai perbualannya bersama anak-anak sekiranya bapa mereka ingin bertemu satu hari nanti, ini jawapananya:

“Saya ada tanya sekiranya satu hari nanti Daddy dia nak jumpa, nak tak? Anak-anak hanya gelengkan kepala. 

“Saya tanya kenapa tak nak jumpa? Tapi anak-anak pula soal saya semula ‘kenapa nak jumpa’.

“Jadi bila mereka menjawab macam tu, bagi saya dia tak nak layan soalan-soalan macam tu. Saya tanya dua kali saja. 

“Jadi saya tak nak ganggu emosi anak-anak sebab budak lelaki emosi mereka lebih sensitif daripada budak perempuan sebab mereka lebih suka simpan,” katanya kepada URTV.

Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun, bercerai talak satu pada September 2013. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This