PELAKON Mimi Lana, menggambarkan dirinya sebagai seorang profesional dalam kerjayanya, meskipun tidak melangkah ke jenjang perkahwinan bersama Syafiq Kyle, namun berhasil menjaga hubungan yang baik dengannya.
Memetik laporan mStar, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, mengungkapkan bahawa sembilan tahun perkenalan mereka telah membantunya menjadi lebih matang dan tidak terlalu terpengaruh dengan emosi ketika menghadapi sebarang cabaran.
“Saya tidak mengambil tempoh lama untuk bersemuka dengan Syafiq. Usia perkenalan Sembilan tahun membuatkan kami lebih matang.
“Kami tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah.
“Industri seni kecil sahaja, jadi kena professional dan ketepikan hal peribadi. Saya juga tiada masalah bergandingan dengannya,” ujarnya.
Pelakon drama Perempuan Itu, tetap kukuh dalam keputusannya untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpecahan hubungan mereka yang menghalang pernikahan.
Tambah Mimi lagi, adalah penting untuk menyimpan segala perkara yang berlaku agar tidak menimbulkan spekulasi dan membesarkan isu yang tidak perlu.
“Apa yang berlaku biarlah saya simpan agar tidak menjadi lebih besar atau timbul sebarang spekulasi. Apa yang orang Nampak itulah ceritanya,” katanya.
Dalam pada itu, Mimi turut menzahirkan perasaan sedih yang dialaminya, namun menasihati untuk memelihara sikap kesederhanaan dalam menangani emosi.
Selain itu, pelakon ini juga telah menekankan pentingnya memaafkan satu sama lain sebagai kunci untuk memperkuat diri daripada terbebani oleh bayang-bayang masa lalu, disamping merasa bersyukur kerana meyakini bahawa ini adalah jalan terbaik yang ditunjukkan oleh Allah SWT.
“Sebagai wanita kita tidak boleh menipu tentang perasaan sedih namun kita perlu bersederhana dalam perasaan.
“Kalau Allah beri kesedihan kita menangis Cuma jangan sampai menganggu kehidupan seharian, keluarga dan kerjaya.
“Rasanya untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak. Boleh memaafkan namun tidak melupakan.
“Ini semua sudah tertulis. Syukur dapat atasi dengan baik. Mungkin Allah nak beri yang lebih baik buat saya pada masa akan datang,” katanya lagi.
Walaupun majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 18 Ogos lepas terbatal, namun kini mereka masih menjalin hubungan baik dan sering terlibat dalam tawaran lakonan bersama-sama.
Sementara itu, Mimi juga memberikan ulasan mengenai drama terbarunya, First Wives terbitan Astro Shaw yang turut menampilkan Melissa Campbell, Malek McCrone, Charles Robert, Carmen Soo dan Andy Teh.
Menurut Mimi, menyatakan bahawa ini adalah kali pertama mengambil peranan sebagai pelakon utama dalam genre komedi.
Baginya, perkara ini dapat menimbulkan perasaan gementar memandangkan dirinya bukan berperwatakan lucu.
“Ini kali pertama saya bawa watak utama genre komedi. Saya seronok dan lepas ini lebih yakin terima tawaran sama.
“Tak sangka bila di set pengembaraan orang boleh ketawa dengan watak saya. Ini membuatkan saya lebih yakin sebagai seorang pelakon,”ujarnya.
SUMBER: mStar

