KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengecam sekeras-kerasnya insiden melampau membaling bom petrol ke kedai serbaneka, KK Mart akibat penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Begitupun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tetap menyeru orang ramai untuk terus memboikot kedai serbaneka tersebut.
Pada masa sama, Dr Muhamad Akmal turut mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan ugutan bunuh susulan kelantangannya menggesa kempen boikot itu dilakukan di seluruh negara.
“Kita menghormati proses undang-undang untuk dilaksanakan mengikut aturannya tetapi pada masa yang sama kempen boikot KK Mart ini perlu diteruskan.
“Ini bagi memberikan pengajaran yang hebat kepada mereka dan mana-mana pihak yang ingin menghina agama Islam pada masa hadapan,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.
Baca juga: Ugutan bunuh: Dr. Akmal buat laporan polis
Semalam, Dr Muhamad Akmal mendakwa telah menerima satu ugutan bunuh susulan tindakannya yang lantang meminta orang ramai memboikot KK Mart akibat penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, beliau menyerahkan kepada pihak pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya dikenakan tindakan yang keras terhadap pihak yang bersalah.
“Untuk meredakan keadaan, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya dikenakan tindakan yang sekerasnya untuk mereka ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

