HASRAT orang ramai melengkapkan persiapan Aidilfitri di IOI City Mall sempena cuti umum Nuzul Al-Quran hari ini terbantut apabila kompleks beli-belah itu ditutup buat sementara waktu.
Ia selepas IOI City Mall berdepan gangguan bekalan elektrik menyebabkan kompleks itu terpaksa ‘bergelap’.
Dalam hantaran di Facebook, pengurusan IOI City Mall memaklumkan kerja baik pulih sedang dilakukan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ini.
“Pusat beli-belah ini ditutup pagi ini sehingga bekalan elektrik disambung semula dijangka antara pukul 1 hingga 5 petang hari ini.
“Nantikan kemas kini terbaharu dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di pusat beli-belah tersebut.
Baca artikel lain: Bekalan elektrik di 17 kawasan Terengganu, 40 di Pasir Mas ditutup akibat banjir
“Pasukan TNB telah tiba di lokasi untuk memulakan kerja-kerja pemulihan kabel yang terjejas dan kami sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak pengurusan.
“Dua set janakuasa bergerak 1,000 kVA juga telah disediakan untuk memberi bekalan kepada kompleks tersebut,” jelasnya.
Sebelum itu, jurusolek selebriti, Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar atau Syedewa dalam hantaran di aplikasi X turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan IOI City Mall yang bergelap.
Syedewa memberitahu kiosk perniagaannya dalam pusat beli-belah itu juga terpaksa ditutup.
“Team saya berada di IOI City Mall memaklumkan di sana tiada (bekalan) elektrik,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

