SERAMAI 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Program anjuran AADK Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) itu bertujuan meringankan beban mereka sekali gus menyemarak suasana Ramadan serta Syawal kepada klien dalam komuniti AADK.
Menurut Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan, acara tersebut adalah program tahunan yang diusahakan AADK bagi membantu klien yang kurang bernasib baik.
“Program seperti ini diadakan sebagai usaha menyokong kepulihan klien AADK yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan ia berada di bawah komponen sokongan sosial.
“Melalui program sebegini, kita berupaya mengeratkan hubungan antara AADK dengan klien serta keluarga klien yang menjadi kumpulan sokongan utama dalam usaha kepulihan sepanjang hayat,” katanya dalam majlis itu, semalam.
Baca artikel lain: Aidilfitri: Lawatan keluarga klien AADK di Puspen 14 hingga 19 April
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada klien AADK sempena dengan Program Kasih Ramadan AADK di Pejabat AADK Daerah Kuala Selangor.
Menerusi program itu, pelbagai aktiviti di bawah komponen psikospiritual diadakan bersama klien dan keluarganya seperti Khatam al-Quran, ceramah Ramadan, solat fardu dan solat sunat Tarawih berjemaah.
Dalam pada itu, Siti Mariam berkata, pelaksanaan program itu juga untuk meningkatkan kefahaman klien tentang aspek psikospiritual sebagai terapi kepada asas kepulihan.
“Dengan adanya program ini, kita percaya dapat meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif dan tingkahlaku yang sering terganggu akibat masalah penagihan,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

