KELUARGA atau penjaga klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang sedang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) dibenarkan membuat lawatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 14 hingga 19 April ini.
AADK dalam kenyataan memberitahu, satu sesi lawatan khas akan dibuka melibatkan kesemua 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara.
Menurut AADK, keluarga bagi klien yang ditempatkan di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah boleh membuat lawatan antara 14 hingga 18 April.
Sementara itu, tarikh lawatan bagi negeri-negeri lain pula ditetapkan antara 15 hingga 19 April ini.
“Lawatan ini bertujuan merapatkan hubungan antara klien dengan keluarga, mendapatkan sokongan moral dan emosi serta keluarga boleh melihat sendiri perkembangan kepulihan klien yang mengikuti RPDI AADK.
“Lawatan keluarga juga memberi ruang dan peluang bertemu mesra serta sebagai pendekatan terapeutik dalam menyokong pemulihan klien,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Mengulas lanjut, AADK memberitahu, keluarga atau penjaga yang ingin menyertai sesi lawatan keluarga itu boleh terus menghubungi pegawai pemulihan di Puspen masing-masing.
Jelasnya, perkara itu boleh dilakukan menerusi panggilan telefon; mesej pesanan ringkas (SMS); pesanan aplikasi WhatsApp; surat atau e-mel kepada pegawai berkenaan.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Puspen berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sesi lawatan keluarga ini atau menghubungi talian hotline AADK iaitu 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp 019-626 2233 bagi mendapatkan khidmat nasihat atau aduan berkaitan permasalahan dadah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

